29 November 2010

S380 - hello again

salam

da sekian lame rasenye x update blog nie.disebabkn mlm nie cam xle tido je n kawan2 tuk bergosip pon sume da tido, bek ak gunekn mase nie tuk update blog.hee~
lately byk sgt keje2 yg perlu disettlekn.nk pitamsss je rasenye.ingtkn senang je nk intern nie, rupenye2 byk jugak procedure nye.tmbh2 lg dgn final exam nie, lg bertambah serabut lah jawabnye.tp, final exam tuk dis sem da abes, and nex sem da xde final exam.hurrraaay!

bile ckp pasal intern nie, mule2 dulu ak mmg excited.yelah, sape x excited bile impian die selame nie tercapai.tp, bile da dekat2 nk intern nie, rase sedey pulak.rase sedey nk bepisah dgn family, nk bepisah dgn rumate, nk bepisah dgn housemate, nk bepisah dgn coursemate.housemate n coursemate, sile buat skype and add saya(ainulhusna) supaye kite dpt keep in touch.sayang nyee nk berpisah dgn sume org.T____T 8 bulan xdpt jumpe.lame kan 8 bulan?mesti rase rindu sgt2 dgn korang sumeee nanti.










kalo sekarang, bile sedey2, bole cite2 kt kawan2, tp, tyme intern nanti, kalo sedey2, nk cite kt sape?
kalo sekarang, bile rase nk gosip2, bole je chat2 kt gtalk, tp, kalo tyme intern nanti kalo rase mcm nk gosip2, nk gosip dgn sape?
kalo sekarang, bile rase boring2, bole ajak kawan2 jalan2, tp, kalo tyme intern nanti kalo rase boring, nk pegi mane?
kalo sekarang, bile xde duet, bole bgtaw mak, tp, kalo tyme intern nanti cmne nk mintak2 duet dgn mak lagi da?
kalo sekarang, bile rindu mak bole je call n cakap sempai boring, tp, kalo tyme intern nanti mane bole call2 mcm tue lg da....
byk sgt persoalan yg xde jawapan.haish~ awak bole tolong jawabkan x?kalo bole, tolong bgtaw saya jawapanye ye.thankss..

16 November 2010

S379 - Perempuan

adikku Perempuan,

bagaimana hidupmu lewat kebelakangan ini? apakah elok? apakah molek? maafkan kakak kerana sudah terlalu lama tidak berutus surat, bertukar hikayat melalu warkah. arakian hari2 kakak semenjak dua ini terlalunya sibuk dengan pelbagai. harap dimaafkan. harap diampunkan.

adikku Perempuan,

mengenai soalan kamu tentang kekasihmu si Lelaki itu, sukar hendak kakak jawabkan. kakak sendiri masih mencari makna hidup sambil memperinci iman; gerun untuk kakak berikan kata2 hikmah untukmu. tapi kakak cuba juga.

adikku Perempuan,

mahalkan diri kamu itu, dik. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kamu dan yakinkan pada diri yang kamu ada harga. biar ditempik seribu orang, tuhan itu maha kaya, dan dia akan bagikan kamu seseorang yang selayaknya.

kuncinya hanya tunggu.

lebih cantik seorang kamu itu kalau bijaksana dan hebat sifat diri. seperti pusaka lama yang dimahukan dan diidam2, tapi terkhusus untuk dibeli juragan dan bukan orang kebanyakan. rasakan manis cinta pertama bersama tuan yang memilikmu sehingga habis usia dunia. atau kelak kamu akan merasa ralat kerana pemilik abadi cuma mendapatmu yang sudah sisa.

adikku Perempuan,

apalah digentarkan mati seorang, tak dikasih tak disayang tak dipandang. kalau sungguh imanmu pada tuhan, pasti kamu sedar yang tidak pernah walau sekali kita ditinggal belakang. setiap masa, tuhan itu penuh kasih, melimpah sayang, selalu memandang. kita selalu ada tuhan, dik. sentiasa. setiap masa.

dan sudah dijanji pada kita yang setiap kita tercipta sama pasangannya. maka percaya. dan tunggu datangnya dia. satu2nya dia. berhati2, wahai adikku Perempuan, bila datangnya jutaan Lelaki merempuh pandang, jangan terus2 rangkul kamu itu kamu depang. ingat, dan ingat selalu; semua itu tentera2 iblis yang mahu menggoyah iman kamu.

namun ah kalau pula ditunggu satu2nya dia yang tak kunjung tiba, berimanlah pada janji2nya yang kita semua sudah ditakdir berdua2. kalau tidak dijumpakan kita di dunia, apa dimarah; bukankah lebih manis bersua di syurga? kalau di setiap puisi dan lagu kamu nazamkan penantianmu ke pintu syurga, nah~ ini masanya, bukan?

adikku Perempuan,

kalau sungguh sudah terlepas rasa mengharap cinta pada Lelaki, kuncikan maruahmu dalam peti besi yang paling waja. ambilkan kuncinya dan buangkan ke laut, atau mintakan ayahbonda pegangkan sehingga tiba masanya. ingatlah, adikku Perempuan, tak ada parang yang mahu bersarung buruk; segaknya kan hilang, garangnya kan terbuang. dan kalau pun ada, kakak begitu pasti yang merananya kamu. kerana untuk parang secantik itu, semahunya kamu hendak menjadi sarung bertatah permata hanya untuk dia.

adikku Perempuan,

masa adalah sesuatu yang jahat untuk kaum kita. jasad kita adalah makanan utama usia. maka segalanya perlu teratur molek dan cantik. mungkin, adikku, kerana itu kita begitu terdesak untuk setiap apa yang kita susun dari seawal remaja. nasihat kakak, wahai sayangku, berhentilah kau kejarkan sesuatu yang tak terpegang itu. berhenti dan terima dengan tangan terbuka yang setiap apa yang terjadi adalah tulisan dari cerita tuhan. lebih keras kau genggam takdirmu, lebih teruk nanti akan jatuhmu.

adikku Perempuan,

akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki. usah kau deraikan airmata kamu itu, dik. bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.

lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.

adikku Perempuan,

ada masa, tuhan mahu menduga iman yang terselit dalam dada. apakah kita lebih mengasihi Lelaki; atau Dia --yang mencipta Lelaki untuk kamu dapatkan. apakah kita lebih mencari Lelaki; atau Dia sendiri --yang mencipta Lelaki untuk kamu kejarkan.

adikku Perempuan,

kamu lebih tahu bagaimana untuk menghidupi hidupmu. kakak juga antara bidadari yang tersungkur, maka di manalah layaknya untuk kakak menjawab persoalan kamu itu. kalaulah ada apa2 yang mampu kakak paksakan untuk kamu telan intinya adalah ini: mahalkan diri kamu. jangan pun dijual pada orang sebarang2. kamu lebih tinggi dari apa kamu rasakan. pekakkan telinga pada lidah2 iblis yang mengajak kamu meniaga maruahmu secepatnya dek takut luput tarikh molekmu --kerana cantik kita tak berpenghujung bila mana dipelihara cantiknya kita itu.

adikku Perempuan,

semoga bertemu dalam lain2 warkah. sambutlah salam kasih dan cinta dari kakak ini, semoga terlerai setiap gusar risau hidup dunia yang tidak ke mana ini. semoga ayah dan bonda tidak pernah lari dari ingatan kamu.

sampai jumpa,
kekandamu;

original source

05 November 2010

S378

salam

da lame rasenye x update blog nie.lately kinda busy dgn hal2 kt yutipi nie.byk sgt hal yg perlu diuruskn.pening jugak kepale nk fikir sume2 nie.kdg2 rase mcm mimpi pulak.mungkin ini lah pelangi yg muncul selepas hujan. =)

oke la.nk tido da.ngantok pulee.

sekian, wsalam~

02 November 2010

S377

S376 - quick update

salam.

lately, kinda busy with testss, n only testss.terase sgt malas ye nk study sbb homesick.dala skang banjir.highway sume da tutup.n paras air kt kangar da semakin naek.wlpn hujan da benti, tp, diorg tepakse bukak air kt empangan sbb takot empangan tu pecah.kalo empangan pecah, merase la banjir satu perlis.btw, perlis empangan ye.wlpn die kecik, tp, muat je setakat nk buat empangan.ingt kt pahang jeke bole ade empangan?

oke la.ngantok.

sekian, wsalam~