05 November 2013

S594 - KL Bird Park

 salam

Lawatan ke KL Bird Park merupakan salah satu hadiah birthday saya tahun ini. unique jugak hadiah yang intangible seperti ini dan sudah pasti dapat membuat si penerima hadiah berasa happy. Tiap-tiap hari nampak bangunan nampak pencakar langit aje, nampak shoping mall aje, bosan jugak kan. Jadi park-park seperti ini aje lah alam semulajadi yang masih wujud di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur ini.

Ini ialah bird yang pertama says nampak selepas mask entrance bird park ini. Dah tak ingat pula ape nama bird ini. This bird is born to be a model mungkin.


Burung comel yang saya rasa unik. Tak mungkin dapat bejumpa burung secomel ini di kampung-kampung

Haaa peacock! Haruslah perlu ada gambar dengan peacock kerana peacock ini rare. Peacock ialah bukan lah sejenis burung yang sesuka hati bejalan di tengah-tengah taman klcc secara terbuka, dengan keadaan ekor nye dikembangkan seperti ini. Dan dapat berada dalam sekeping gambar dengan keadaan ekor peacock terbuka sebegini adalah sangat awesome!


Walaupun dah bejaya bertegur sapa dengan peacock, hati saya masih terasa seperti something missing selagi tidak berjumpa Parrots.

Ini lah treat untuk bagi parrots datang dekat kita. Pegang je susu ini, pasti parrots datang secara beramai-ramai nak berkawan dengan kita. Memilih kan diorg ni? Haishh~


To be honest, impian saya ke Bird Park ini ialah untuk begambar dengan Parrots. Okay, selepas begambar dengan Parrots, baru boleh balik rumah dengan senang hati :) Saya memang begitu. Ke mana-mana saya pergi, pasti perlu buat sesuatu yang memorable.

Haa banyak sangat parrots, sampai saya pulak yang takut


Begitu lah kisah KL Bird Park.

Sekian, terima kasih.