salam
kalau di Madinah, banyak ziarah dan bole buat aktiviti sendiri.tapi di Mekah perlu jadi lebih serius untuk menunaikan umrah.sbb bagi saya, umrah sememangnya memerlukan tenaga dan semangat yang kuat!
alhamdullilah saya dan ayah dpt menunaikan umrah seperti yang dirancang. saya sangat bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan semasa umrah kerana sejujurnya persediaan saya untuk ke umrah ini tersangatlah sikit, itu pon sbb final year project saya berkaitan dgn umrah.sebab sewaktu kami sekeluarga bertolak untuk ke umrah, saya baru saja selesai final exam untuk final semester saya. disana baru lah saya belajar doa ketika tawaf, doa ketika saie, doa ketika bergunting. sejujurnya, tawaf dan saie agak menguji kesabaran ditambah lagi dengan keadaan terpaksa bersesak-sesak dgn orang ramai, cuaca di Mekah yang akan panas, hanya Allah je yang tahu perasaan tyme tue.berbekalkan semangat dan perasaan
'saya perlu mengunakan sepenuh masa di Mekah ini sebaiknya, sbb bukanye senang nk dtg sini', alhamdullilah semua perasaan negative itu akan hilang.
oke lah.
ini ialah
zam-zam tower.dkt bawah tower ini ialah shopping complex.shopping complex ini ala2 KLCC. dekat atas pule hotel yg berharga lebih kurang satu ribu untuk satu malam.
ini suasana jemaah sedang tawaf megelilingi kaabah.tyme ni jemaah tak ramai sgt sbb weekdays agaknye.kalau hari khamis dan jumaat, tersangatlah ramai sebab di sini cuti hujung minggu ialah pada hari khamis dan jumaat.
di hadapan pintu 1 Masjidil Haram ataupun lebih dikenali sebagai pintu King Abdul Aziz.jika saya ke masjid dengan ayah saya sahaja, selalunya kami akan berjanji untuk jumpa di hadapan pintu ini sebab disini saje lah tempat yg paling senang untuk berjumpa dan jarak tidak terlalu jauh dari tempat solat perempuan.
oh ya, selain itu, kami juga dibawa untuk melawat
Ladang Unta.munurut mutawwif, unta adalah binatang yg tercantik kerana mulu matanya yang lentik.unta juga binatang yg pemalu sbb die tidak akan sesekali berdua-duaan dgn gf dikalayak ramai.kalau unta nk dating dgn gf dia, dia akan ke tempat yang tersembunyi.haa bagus kan unta ini.mungkin kita juga bole mencontohi unta.hihi.dan susu unta sgt berkhasiat untuk mengubati sakit perut.tapi, jaga-jaga, kalo terlalu banyak minum susu unta bole buat kita sakit tekak sebab susu unta panas agaknye.
kami juga ke
Muzium Hudaibiyyah.haa.nak melawat muzium ini,kne ade permit.bukanye boleh sesuke hati je datang mcm kite nk visit muzium negara.ini adalah kerana dlm muzium ini ade banyak barang-barang yang berharga.dan ade satu je syarat semasa di dalam muzium ini, bole tangkap gambar, tapi tak bole sentuh barang- barang di dalam muzium ini.
*ini ialah tangga kaabah*
*makam ibrahim*
*pemegang batu hajaratul aswad*
*tiang kaabah*
dan untuk pengetahuan semua, kaabah hanya ada tiga tiang sahaja.unik kan? dan susunan tiang-tiang di dalam kaabah adalah seperti gambar di bawah.
ini pula gambar sumber air zam-zam.sumber air zam-zam sentiasa mengeluarkan air tanpa henti.sbb itu lah bekalan air zam-zam sentiasa je ade.xpernah pon terputus.
*replika telaga zam-zama*
dan impian saya untuk naik unta tercapai! dekat Jabal Nur ini mmg byk unta-unta berhias.sekali naik SR10.oke lah kan? bukanye tiap2 hari bole naik unta.hihi
ini pula di atas
Jabal Rahmah. menurut sirah Islam, disini lah Nabi Adam dan Hawa berjumpa semula setelah bertahun-tahun berpisah.begitu kuat jodoh mereka kan? jadi, semua jemaah yang datang kesini pasti berdoa mengenai jodoh.begitu juga dengan saya.hihi.disini ade satu tugu yang saya percaya dibina untuk tujuan pelancongan.dan tugu ini dipenuhi dgn nama2 pasangan yang sudah berkahwin dan sebagainya.
latar belakang gambar ini ialah Arafah.iaitu tempat dimana jemaah haji berwukuf. tempat ini sangat luas sehingga dapat menampung semua jemaah haji daripada seluruh dunia pada satu masa. jika bukan pada musim haji, tempat ini kosong tinggal khemah2 je.
kalau tengok gambar di bawah ini, ada tiga tiang besar kan? itu lah tempat melontar.sekarang tempat melontar dah diubah suai untuk menampung bilangan jemaah haji yang semakin ramai.dah ade lima tingkat.tingkat bawah sekali untuk jemaah yang melontar dengan menaiki kereta seperti raja, dan orang2 yang berdaulat. dan khemah-khemah putih tue pula ialah tempat penginapan jemaah haji semasa bermalam di Mina.khemah-khemah ini hanya akan digunakan semasa haji sahaja.
dan untuk pula gambar Kaabah dengan jarak yang lebih dekat.semua jemaah berebut-rebut untuk menunaikan solat atau berdoa di hadapan pintu Kaabah kerana hadapan pintu Kaabah antara tempat yang dimakbulkan doanya.
selain itu, di Hijir Ismail juga doa dimakbulkan.tetapi agak susah untuk ke Hijir Ismail sebab tempat nya limited dan terlalu ramai jemaah yang ingin masuk ke Hijir Ismail sehinggakan polis terpaksa mengawal keadaan disitu.
dan ini pula keadaan di sekeliling Kaabah pada waktu Subuh pada hari Jumaat.MasyaAllah sangat ramai orang sehingga penuh tempat untuk bertawaf. kesimpulanya, jika pada hari Khamis dan Jumaat tempat tawaf sentiasa dipenuhi jemaah tak kira lah awal pagi,tengahari mahupun malam.
hari Jumaat ini lah merupakan hari terakhir kami di Kota Suci Mekah.
bagi saya, pengalaman mengerjakan umrah dan ziarah ini pasti menjadi pengalaman yang sangat berharga dan jauh lagi seronok jika dibandingankan dengan pengalaman tour satu europe.
insyaAllah jika ada rezeki, kami sekeluarga ingin ke sini lagi.
sekian, wsalam~