21 April 2013

S589 - Colmar Tropicale

salam

hujung minggu ialah hari yang sangat di nanti-nanti kan. sebab hujung minggu ialah masa untuk bersuka-ria!

okay. saya nk share satu cerita dah berlaku pada bulan lepas kut; zaman before kereta pulang ke kampung halaman. dah lama sangat cerita ni. cerita nya ialah saya dan kawan-kawan melawat 'Pameran Kraf Tangan Malaysia'. sangat meriah yer. dan haruslah semua benda dekat sini berunsur kan kraf tangan jer. ada batik kelantan, ada crystal Swarovski perlis, ade intan permata sabah, dan kain cotton pun ade!

Disamping ade pameran, perlu lah ade part pelancong bole 'Do it yourself', baru lah tertarik sikit pelancong nak datang kan? So kiteorang sebagai pelancong ini, tertarik lah nak buat canting batik. tapi tak canting sangat, rase mcm pergi kelas mewarna budak-budak tadika jer. nk caler kucing dengan caler ape pun perlu fikir 2-3 kali. haha. end up kucing tue dah jadi mcm kucing africa dah. saya pun takut tengok kucing yang saya caler tue. haha, tapi fun lah. kite suke =)


tadaa. ini lah hasil kami men-canting batik! so colourful..


after dah selesai men-canting batik, dah abes round-round sekitar tapak pameran, kami pun decide untuk bersuka-ria di tempat lain pulak. pada mulanye plan nak pegi tengok movie sambil shopping-shopping, tetapi macam dah boring lah pulak sebab aktiviti itu terlalu mainstream.. wah camtue kan kekwat.hihi

so saya bagi cadangan pegi Colmar Tropicale! sebab saya baru je tahu rupa-rupanye Colmar Tropicale ini dekat jer dengan rumah saya. dalam 40 minit jer. walaupun idea ini agak mendadak, tapi menarik kan pergi tempat-tempat yg indah macam ni. setelah berbincang-bincang, kami semua bersetuju untuk kesana.

kami bertolak dari rumah around 6.45 pm mcm tue. to be honest, jalan untuk naik Berjaya Hills tue agak mencabar lah. tetapi, saya sebagai penumpang tenang aje di belakang, menikmati night view yang sangat menenangkan sepanjang perjalanan itu. saya yakin pemandu juga tenang menikmati night view walaupun jalan agak horror, cume co-pilot jer yang agak tidak sihat sedikit, pening sebab naik bukit katenye.hihi.

walaupun co-pilot dah pening-pening, perjalanan perlu diteruskan. kami sampai di puncak Berjaya Hilss di mana terletak nya Colmar Tropicale dalam pukul 8.00 pm.

Subhanallah! sangat cantik nye view dekat sini. ala-ala macam dekat France. terus lah rasa tak sabar nak shoot gambar dari pelbagai sudut kan. biase lah, lumrah seorang perempuan. tak lupa juger untuk check-in dan mention di semua social networking yang ada untuk inform kehadiran kami ke Colmar Tropicale. ter-over excited agaknye..


*entrance Colmar Tropicale*



*di sambut oleh seekor kuda milik Petron@s mungkin?*

kalau tak silap saya, dekat sini ade juge ade rabbit park, ade japanese nye area juger. tapi di sebabkan kami sampai dah malam, so ade tempat-tempat makan dan main game je yang masih buka. Jika uols bercadang untuk melawat rabbit park, dan japanese area tue, sila lah datang di sebelah siang, sebelum pukul 6 pm.

owh ya, di sebelah malam ade live band show. okay lah show die. not bad. im not that person who really into band, so bagi saya tengok live band dan dengar lagu thru radio same jer. cmtue je kan saya comment, mesti ahli-ahli band rasa sia-sia berusaha nk menghiburkan tetamu Colmar Tropicale macam saya malam itu. but its okay, peminat-peminat band pasti sangat menghargai usaha ahli-ahli band pada malam tersebut tersebut.

dinner dekat sini pun best jugak. feeling-feeling dinner dekat France plus food dekat sini pun best! dah selesai makan-makan dan beli sedikit souvenir dan juger ambil beberapa shoot gambar, baru lah boleh balik dengan hati yang tenang.

gambar-gambar di sekitar Colmar Tropicale.





begitu lah kisah kami di Colmar Tropicale. walaupun sekejap je, tapi sangat best yer. I shall call this as 'A Perfect Gateaway!'

**cerita saya buat kawan-kawan yutipi yang masih di rumah dan juger yg sedang ber-PIPE di Bangi.

sekian, wsalam~

No comments: