14 August 2013

S591 - Aidilfitri 2013

Salam,

Raya tahun ini mungkin sedikit lain dari raya tahun-tahun lepas sebab ini lah tahun pertama saya beraya dengan status tidak layak menerima duit raya. Mula-mula tue sedih lah jugak. Mane tak nye, tak merasa moment pegi Tabung Haji untuk simpan duit raya kan? Haaa, nampak sangat selama ni saving dalam Tabung Haji tue duit raya semata-mata. Tak ape lah, walau ape jua keadaan pun, raya perlu diteruskan. Duit raya bukanye segala-gala nya bagi raya. Setuju?

Ini kisah raya saya. 

Sehari sebelum Raya. Dah menjadi kebiasaan family saya, sehari sebelum raya, saya dan adik-adik akan ke rumah mak lang saya di Pendang bergotong-royong bantu-membantu membakar lemang dan masakan yang perlu dimasak bersama rendang seperti kari daging, serunding. Agenda memotong bawang dengan kadar yang banyak semestinya lah ada, terpaksa menghiris serai juga tidak ketinggalan.   Bila dah boring membuat kerja potong-memotong, tukar kerja buat lemang pula. Nak buat lemang ni ada tekniknya. Bukanye seperti masukan beras dan santan dan bakar terus siap. No no no. Ada cara-cara nya nak masukan santan dan beras pulut tue. Dua tahun lepas, mase tue first time belajar buat lemang, saya tanda lemang mana saya buat sebab nak balik show-off dekat ayah saya pandai buat lemang. Gigih sangat kan. Itu zaman dulu kala lah, sekarang tidak lagi. Dah expert katenya.



Malam itu, kami akan berbuka beramai-ramai di rumah mak lang. Walaupun siang tadi dah sharing tyme potong bawang dan rakan-rakanya, tetap sharing session tue bersambung di sebelah malam puler. Dah settle packing lemang-lemag dan kari daging dan segalanya itu, baru lah betolak balik rumah di Perlis. Begini lah kisah kami sejak tiga tahun yang lalu. 

Hari Raya Pertama. Walaupun di malam raya kami busy membuat preparation raya di rumah orang lain, kami tetap akan beraya di rumah sendiri. Home Sweet Home katenye. Seperti biasa, kami akan sembahyang raya di Masjid Arau. Bermaaf-maafan sambil megucap Selamat Hari Raya. Dekat masjid ini jelah dapat jumpa kawan-kawan yang belajar mahupun bekerja jauh di perantauan. Kemudian balik rumah, ambik gambar raya dan membuat aktiviti masing-masing. Mudah kan? Seperti tak raya pula. Tetapi itu lah kami. 


Bila hari dah semakin petang, baru lah kami ke rumah Mak Tok which is kampung mak saya di Perlis juga untuk berhari raya bersama Mak Tok dan Tok Ayah. Momentum raya tue seeloww sikit. Dan seperti biasa lah, bersalam-salaman, makan kuih raya, minum air raya dan berehat-rehat. Itu lah kisah nya raya pertama.

Hari Raya Kedua. Haa, raya kedua kami balik kampung ayah di Kedah. To be honest, saya suka beraya di Kedah. Meriah! Suasana lain sikit compare to beraya di Perlis. Maybe sebab kampung ayah masih lagi sebuah kampung. Walaupun bilangan cousin-cousin saya sebelah ayah hanya belas-belasan saje, tetapi memandangkan family mak lang kebanyakanya sudah berkahwin, dan bila di campur menantu-menantu berpuluh-puluh jugak lah jadinya. Malam itu kami berpicnic di halaman rumah tok dan juge main bunga api.



Macam ini baru lah terasa suasana raya kan?

Hari Raya ketiga. Busy dengan preparation open house. Bermula dengan pergi pasar beli ikan, ayam, balik rumah tolong mak masak, layan tetamu yang datang, basuh pinggan mangkuk, kemas rumah semula, sehingga lah tidur kepenatan. Saya yakin orang lain pun akan merasa perasaan jika buat open house. Jadi tak perlu lah bercerita dengan lebih lanjut. Hihi. Yang penting, perasaan best dan sangat seronok tetamu datang ke rumah itu ada!

Kisah hari raya ke-empat tidak di record sebab saya tidak beraya pada hari itu. Hanya sekadar membuat kerja-kerja sendiri yang meyeronokan di rumah.

Hari Raya ke-lima. Tak ada kisah raya yang menarik sangat di sebelah pagi. Hanya sekadar aktiviti-aktiviti biasa. Di sebelah petang puler, kami ber-photoshot di halaman rumah Mak Tok. Tak lengkap lah hari raya tanpa photoshoot raya secara besar-besaran bersama sanak-saudara. Photographer pun dah ada, tak ada alasan lah untuk tak berphotoshoot.

Ini lah sebahagian gambar-gambar untuk di kongsi.








Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin =)

Sekian, wsalam.

No comments: