salam
Selamat Hari Malaysia!
Pasti semua orang pun tertunggu-tunggu hari ini sebab hari ini cuti. Public holiday boleh di senarai kan sebagai salah satu perkara yang sangat saya yang tidak berapa gemar dengan perkerjaan di office nanti kan. Kebetulan pula public holiday ini pada hari isnin, secara tidak langsung, weekend akan menjadi lebih meriah sebab cuti tiga hari.
Oleh itu, saya dan kawan saya bercadang untuk menikmati weekend yang panjang ini dengan bersuka ria. Hanya kami berdua.
Pada hari Sabtu malam, kami ke Muara Ikan Bakar, Port Klang. Perjalanan ke sana lebih kurang sejam dari Taman Melati. Agak gigih lah cari ikan bakar sejauh itu kan? Tapi berbaloi je sebab kedai ini best walaupun banyak kali jugak sesat sebelum sampai ke destinasi. Kami order ikan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam. Sejujur nya, untuk makan berdua, sangat banyak ye. Rase nak nanges nak habiskan makanan itu. Meriah lah dinner di situ. Nanti boleh ajak kawan-kawan yang lain ke sini juga.
Okay. Itu kisah dinner di Port Klang.
Ke-esokan nya, kami ke Bukit Fraser. Ini merupakan kali pertama saya ke Bukit Fraser, begitu juga dengan kawan saya. Saya memang suka ke tempat-tempat yang tinggi dan sejuk sebegini. Fefeeling bercuti di luar negara. Perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam. Sangat lama kan?
Oleh kerana ini pertama kali ke sana, tak pernah sangka lah di Bukit Fraser tak ade stesen minyak dan mesin atm. Kami pun secara senang hati nya tidak lah withdraw duit dan isi minyak secara penuh sebelum naik ke sana. Dan sesampai di atas tue, tepaksa redha jelah dengan keadaan duit yang tidak berapa banyak, dan minyak kereta yang tinggal aje.
Ini Clock Tower Bukit Fraser, mungkin juga boleh di anggap mercu tanda Bukit Fraser. Setelah merempuh perjalan yang beliku-liku dan mencabar untuk naik ke puncak bukit ini, jika dah nampak clock tower ini, maksudnye dah sampai puncak bukit fraser. "Yeay! Dah sampai." Ini lah perasaan saya semasa nampak clock tower ini.
Kami sampai di Bukit Fraser around 12 tengah hari. Lunch dulu sebab sangat lapar. Harga makanan okay je, cukup lah nak bayar lunch tue guna duit lebihan makan di Port Klang malam sebelum nya itu. Sangat pathetic kan? Dan di tepi restoran Mimi Strawberi itu ialah golf course. Cantik kan view dia, macam dekat overseas pulak.
Selepas lunch, kami mula lah tour around bukit fraser tue. Tidak lah banyak sangat pun tempat yang boleh dilawati. Tempat pertama ialan Allan's Water, which is sebuah tasik yang pelancong boleh naik bot-yang-kena-kayuh-sendiri untuk round-round area tasik ini. Ade jugak water bouncing ball; saya teringin nak try bouncing ball itu, tetapi melihat keadaan yang kanak-kanak aje enjoy bouncing ball itu, malu lah nak queue untuk try bouncing ball itu.
Then kami jalan area tasik itu. Perasaan seperti jungle-trekking, macam masuk hutan simpan. Ini lah keadaan sekitar tasik Allan tersebut. Ada taman bunga secara kecil-kecilan juga. Cantik-cantik bunga di sini, mungkin factor suhu yang agak sejuk menyebabkan bunga jadi cantik.
Bersebelahan Allan's water tue ade flower nursery. Tetapi tidak ada ape yang menarik sangat melainkan sebiji strawberi ini. Sebab sebiji ini je yang bertukar jadi color merad, yang lain masih color hijau.
Selepas itu kami ke tempat horse riding. Bayaran untuk satu round ini RM5 je. Murah kan. Mesti lah saya nak try. Tetapi tidak lah kita boleh ride kuda itu secara sendirian berhad. Ade tuan kuda tue akan tarik kuda itu dan sambil itu kita boleh fefeeling menuggang kuda itu. Simple kan. Yang penting boleh posing atas kuda. Itu sudah cukup untuk membuatkan percutian hujung minggu saya lebih bermakna. Thank you kawan saya sebab rela je tunggu saya enjoying moment di atas kuda.
Dan itu je lah tempat-tempat yang boleh di lawati di Bukit Fraser. Percutian satu hari sudah cukup untuk kenal apa itu Bukit Fraser.
On the way pulang ke rumah, kami dinner di Alamanda, Putrajaya. Dan kebetulan pula ada international fireworks competition. Harus lah nak tengok jugak fireworks itu walaupun terpaksa berdiri dekat fly-over putrajaya. Sangat ramai penonton fireworks malam itu.
Begitulah kisah weekend kami. Berakhir dengan persembahan fireworks. Sangat meriah ye.
I had a great, happy and meaningful weekend. Thank you kawan saya =)
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment