03 February 2015

S616 - Jogjakarta, Indonesia

Salam

Jogjakarta, Indonesia. Kami sekeluarga ke Jogjakarta last December. 

Disini kami melawat beberapa tempat menarik di sekitar Jogjakarta. Dan juga Borobudur dan Mt Merapi.

Ini ialah masjid pertama di daerah ini dan ia berbentuk donut. Menurut tour guide kami, masjid ini dibina berbentuk donut supaya suara imam dapat didengar ke seluruh kawasan masjid dari tempat imam oleh gema. Sangat saintifik konsep masjid ini.



Ini pula ialah ruangan mandian kerabat diraja. Tempat ini berkonsepkan swimming pool yang sangat besar untuk keluarga raja sahaja untuk digunakan ketika sesi beriadah.


Kemudian kami ke Mt Merapi. Perjalanan ke sini dari bandar Jogjakarta lebih kurang dua jam. Oleh kerana jalan ke kawasan Mt Merapi ini agak teruk kesan dari letusan Mt Merapi pada 2010, kami perlu menyewa jeep bersama driver untuk ke sini. Kami dapat melihat tinggalan kesan letusan gunung berapi di sekitar perkampungan dalam perjalanan ke kawasan terdekat untuk melihat Mt Merapi. Rumah-rumah kampung ini dijadikan tempat perlancongan dan pelancong dapat melihat gamabr-gambar detik letusan gurun berapi ini meletus.




Selepas itu kami ke Borobudur. Borobudur ialah candi agama Buddha. Disini kami hire tour guide specific for Borobudur yang telah dilatih oleh UNESCO. Agak menarik kisah disebalik pembinaan  candi Borobudur. Setiap ukiran di temple ini ada pengajaran sehingga lah kepada 99 anak tangga candi ini jugak mempunyai maksud tersendiri. Ayah kelihatan sangat faham dan mengikuti kisah yang dicerita kan oleh tour guide sejak dari tingkat satu. Hanya mak dan G yang kelihatan akan bosan, mungkin terpengaruh dengan cuaca mendung ketika itu.



Disebelah malam pula, kami menghabiskan masa di Jalan Maliboro. Jalan ini merupakan salah sebuah tarikan pelancong di Jogjakarta. Kami juga untuk mengambil peluang ini untuk menaiki kereta kuda kembali ke hotel dan tujuan utama kami decide untuk naik kereta kuda ialah sebab terlalu penat berjalan di sekitar Jalan Maliboro.


Overall, percutian ke Jogjakarta is short and sweet, except for post-effect percutian ini yang telah menyebabkan saya dan G miserable.

Sekian.

Teriman Kasih.

No comments: