05 November 2013

S594 - KL Bird Park

 salam

Lawatan ke KL Bird Park merupakan salah satu hadiah birthday saya tahun ini. unique jugak hadiah yang intangible seperti ini dan sudah pasti dapat membuat si penerima hadiah berasa happy. Tiap-tiap hari nampak bangunan nampak pencakar langit aje, nampak shoping mall aje, bosan jugak kan. Jadi park-park seperti ini aje lah alam semulajadi yang masih wujud di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur ini.

Ini ialah bird yang pertama says nampak selepas mask entrance bird park ini. Dah tak ingat pula ape nama bird ini. This bird is born to be a model mungkin.


Burung comel yang saya rasa unik. Tak mungkin dapat bejumpa burung secomel ini di kampung-kampung

Haaa peacock! Haruslah perlu ada gambar dengan peacock kerana peacock ini rare. Peacock ialah bukan lah sejenis burung yang sesuka hati bejalan di tengah-tengah taman klcc secara terbuka, dengan keadaan ekor nye dikembangkan seperti ini. Dan dapat berada dalam sekeping gambar dengan keadaan ekor peacock terbuka sebegini adalah sangat awesome!


Walaupun dah bejaya bertegur sapa dengan peacock, hati saya masih terasa seperti something missing selagi tidak berjumpa Parrots.

Ini lah treat untuk bagi parrots datang dekat kita. Pegang je susu ini, pasti parrots datang secara beramai-ramai nak berkawan dengan kita. Memilih kan diorg ni? Haishh~


To be honest, impian saya ke Bird Park ini ialah untuk begambar dengan Parrots. Okay, selepas begambar dengan Parrots, baru boleh balik rumah dengan senang hati :) Saya memang begitu. Ke mana-mana saya pergi, pasti perlu buat sesuatu yang memorable.

Haa banyak sangat parrots, sampai saya pulak yang takut


Begitu lah kisah KL Bird Park.

Sekian, terima kasih.

21 September 2013

S593 - Birthday

salam

21 September 2013

Ini birthday saya.

Memandangkan tahun ini birthday saya pada weekend, saya dah plan dan inform family, saya nak celebrate birthday dekat rumah. Fefeeling nak buat party besar-besaran gitu. Nasib tidak menyebelahi saya, kebetulan pulak weekend tue family saya semua nya demam. So sad kan? Walau bagaimana pun, hajat nak celebrate birthday di rumah perlu diteruskan, jadi pada hari tersebut, saya dengan gigih nya pegi kedai kek dan beli kek untuk diri sendiri. Haha. Dan malam itu kami dinner di sebuah kedai favourite saya di negara jiran. Mungkin sebab ayah saya besimpati kut dengan kegigihan saya membeli kek untuk diri sendiri siang tadi.

Itu lah. Bila dah besar ni, haruslah dah tak ade birthday party yang meriah-meriah dengan balloons dan sebagainya itu. Suprisingly, birthday tahun ini saya dapat hadiah yang sangat extravaganza! 

Puss atau nama panjangnya Pussie Cat Doll dan puzzle sesame street dan hello kitty ini hadiah from Amad. Fyi, Puss ini sangat besar dan lemah lembut. Lebih besar dari kucing sebenar.

Cermin Hello Kitty ini pula hadiah drpd Ainul Aliah. Cute kan? Sengaja je nak matching kan dgn lip balm Hello Kitty. Fefeeling hard fan Hello Kitty. Haha

Ini pula hadiah from Lilos. Thank u lilos. Wangi bilik kita dengan perfume lavender ini. Perfume lavender ini package sekali dengan little teddy ini. Sooo girly kan?

Oh ya, ini pula hadiah drpd kak ob. Untuk pengetahuan semua, kak ob sangat pandai buat bracelet. Dan bracelet ini custom-made. Sangat cantik! Kite suka.

Sewing kit Cath Kidston ini pula drpd Rose. Senang utk dibawa bersama tyme travel katenye. Wlpn ak dah banyak sewing kit, tetap sewing kit Cath Kidston akan menjadi yang teristimewa. =)


Oh ya, selain drpd barang-barang, saya ade jugak mendapat hadiah ticket ke bird park sebagai hadiah harijadi. Lain dr yg lain kan? Haruslah hadiah yang pelik seperti ini akan di ingati selalu. Menarik juga Bird Park ini. Nanti saya share cerita di Bird Park.

Okay. Itu lah kisah birthday saya tahun ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menberi ucapan birthday samada secara verbal ataupum secara bertulis di whatsapp, ataupun hanya sekadar ingat birthday saya pun dah dikira okay.

Sekian, terima kasih.

17 September 2013

S592 - Fraser's Hill

salam

Selamat Hari Malaysia! 

Pasti semua orang pun tertunggu-tunggu hari ini sebab hari ini cuti. Public holiday boleh di senarai kan sebagai salah satu perkara yang sangat saya yang tidak berapa gemar dengan perkerjaan di office nanti kan. Kebetulan pula public holiday ini pada hari isnin, secara tidak langsung, weekend akan menjadi lebih meriah sebab cuti tiga hari. 

Oleh itu, saya dan kawan saya bercadang untuk menikmati weekend yang panjang ini dengan bersuka ria. Hanya kami berdua.

Pada hari Sabtu malam, kami ke Muara Ikan Bakar, Port Klang. Perjalanan ke sana lebih kurang sejam dari Taman Melati. Agak gigih lah cari ikan bakar sejauh itu kan? Tapi berbaloi je sebab kedai ini best walaupun banyak kali jugak sesat sebelum sampai ke destinasi. Kami order ikan masak 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam. Sejujur nya, untuk makan berdua, sangat banyak ye. Rase nak nanges nak habiskan makanan itu. Meriah lah dinner di situ. Nanti boleh ajak kawan-kawan yang lain ke sini juga.

Okay. Itu kisah dinner di Port Klang. 

Ke-esokan nya, kami ke Bukit Fraser. Ini merupakan kali pertama saya ke Bukit Fraser, begitu juga dengan kawan saya. Saya memang suka ke tempat-tempat yang tinggi dan sejuk sebegini. Fefeeling bercuti di luar negara. Perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam. Sangat lama kan? 

Oleh kerana ini pertama kali ke sana, tak pernah sangka lah di Bukit Fraser tak ade stesen minyak dan mesin atm. Kami pun secara senang hati nya tidak lah withdraw duit dan isi minyak secara penuh sebelum naik ke sana. Dan sesampai di atas tue, tepaksa redha jelah dengan keadaan duit yang tidak berapa banyak, dan minyak kereta yang tinggal aje.

Ini Clock Tower Bukit Fraser, mungkin juga boleh di anggap mercu tanda Bukit Fraser. Setelah merempuh perjalan yang beliku-liku dan mencabar untuk naik ke puncak bukit ini, jika dah nampak clock tower ini, maksudnye dah sampai puncak bukit fraser. "Yeay! Dah sampai." Ini lah perasaan saya semasa nampak clock tower ini.


Kami sampai di Bukit Fraser around 12 tengah hari. Lunch dulu sebab sangat lapar. Harga makanan okay je, cukup lah nak bayar lunch tue guna duit lebihan makan di Port Klang malam sebelum nya itu. Sangat pathetic kan?  Dan di tepi restoran Mimi Strawberi itu ialah golf  course. Cantik kan view dia, macam dekat overseas pulak. 
                                         

Selepas lunch, kami mula lah tour around bukit fraser tue. Tidak lah banyak sangat pun tempat yang boleh dilawati. Tempat pertama ialan Allan's Water, which is sebuah tasik yang pelancong boleh naik bot-yang-kena-kayuh-sendiri untuk round-round area tasik ini. Ade jugak water bouncing ball; saya teringin nak try bouncing ball itu, tetapi melihat keadaan yang kanak-kanak aje enjoy bouncing ball itu, malu lah nak queue untuk try bouncing ball itu. 

Then kami jalan area tasik itu. Perasaan seperti jungle-trekking, macam masuk hutan simpan. Ini lah keadaan sekitar tasik Allan tersebut. Ada taman bunga secara kecil-kecilan juga. Cantik-cantik bunga di sini, mungkin factor suhu yang agak sejuk menyebabkan bunga jadi cantik.




Bersebelahan Allan's water tue ade flower nursery. Tetapi tidak ada ape yang menarik sangat melainkan sebiji strawberi ini. Sebab sebiji ini je yang bertukar jadi color merad, yang lain masih color hijau.

Selepas itu kami ke tempat horse riding. Bayaran untuk satu round ini RM5 je. Murah kan. Mesti lah saya nak try. Tetapi tidak lah kita boleh ride kuda itu secara sendirian berhad. Ade tuan kuda tue akan tarik kuda itu dan sambil itu kita boleh fefeeling menuggang kuda itu. Simple kan. Yang penting boleh posing atas kuda. Itu sudah cukup untuk membuatkan percutian hujung minggu saya lebih bermakna. Thank you kawan saya sebab rela je tunggu saya enjoying moment di atas kuda. 


Dan itu je lah tempat-tempat yang boleh di lawati di Bukit Fraser. Percutian satu hari sudah cukup untuk kenal apa itu Bukit Fraser.

On the way pulang ke rumah, kami dinner di Alamanda, Putrajaya. Dan kebetulan pula ada international fireworks competition. Harus lah nak tengok jugak fireworks itu walaupun terpaksa berdiri dekat fly-over putrajaya. Sangat ramai penonton fireworks malam itu.



Begitulah kisah weekend kami. Berakhir dengan persembahan fireworks. Sangat meriah ye.

I had a great, happy and meaningful weekend. Thank you kawan saya =)


Sekian, terima kasih.


14 August 2013

S591 - Aidilfitri 2013

Salam,

Raya tahun ini mungkin sedikit lain dari raya tahun-tahun lepas sebab ini lah tahun pertama saya beraya dengan status tidak layak menerima duit raya. Mula-mula tue sedih lah jugak. Mane tak nye, tak merasa moment pegi Tabung Haji untuk simpan duit raya kan? Haaa, nampak sangat selama ni saving dalam Tabung Haji tue duit raya semata-mata. Tak ape lah, walau ape jua keadaan pun, raya perlu diteruskan. Duit raya bukanye segala-gala nya bagi raya. Setuju?

Ini kisah raya saya. 

Sehari sebelum Raya. Dah menjadi kebiasaan family saya, sehari sebelum raya, saya dan adik-adik akan ke rumah mak lang saya di Pendang bergotong-royong bantu-membantu membakar lemang dan masakan yang perlu dimasak bersama rendang seperti kari daging, serunding. Agenda memotong bawang dengan kadar yang banyak semestinya lah ada, terpaksa menghiris serai juga tidak ketinggalan.   Bila dah boring membuat kerja potong-memotong, tukar kerja buat lemang pula. Nak buat lemang ni ada tekniknya. Bukanye seperti masukan beras dan santan dan bakar terus siap. No no no. Ada cara-cara nya nak masukan santan dan beras pulut tue. Dua tahun lepas, mase tue first time belajar buat lemang, saya tanda lemang mana saya buat sebab nak balik show-off dekat ayah saya pandai buat lemang. Gigih sangat kan. Itu zaman dulu kala lah, sekarang tidak lagi. Dah expert katenya.



Malam itu, kami akan berbuka beramai-ramai di rumah mak lang. Walaupun siang tadi dah sharing tyme potong bawang dan rakan-rakanya, tetap sharing session tue bersambung di sebelah malam puler. Dah settle packing lemang-lemag dan kari daging dan segalanya itu, baru lah betolak balik rumah di Perlis. Begini lah kisah kami sejak tiga tahun yang lalu. 

Hari Raya Pertama. Walaupun di malam raya kami busy membuat preparation raya di rumah orang lain, kami tetap akan beraya di rumah sendiri. Home Sweet Home katenye. Seperti biasa, kami akan sembahyang raya di Masjid Arau. Bermaaf-maafan sambil megucap Selamat Hari Raya. Dekat masjid ini jelah dapat jumpa kawan-kawan yang belajar mahupun bekerja jauh di perantauan. Kemudian balik rumah, ambik gambar raya dan membuat aktiviti masing-masing. Mudah kan? Seperti tak raya pula. Tetapi itu lah kami. 


Bila hari dah semakin petang, baru lah kami ke rumah Mak Tok which is kampung mak saya di Perlis juga untuk berhari raya bersama Mak Tok dan Tok Ayah. Momentum raya tue seeloww sikit. Dan seperti biasa lah, bersalam-salaman, makan kuih raya, minum air raya dan berehat-rehat. Itu lah kisah nya raya pertama.

Hari Raya Kedua. Haa, raya kedua kami balik kampung ayah di Kedah. To be honest, saya suka beraya di Kedah. Meriah! Suasana lain sikit compare to beraya di Perlis. Maybe sebab kampung ayah masih lagi sebuah kampung. Walaupun bilangan cousin-cousin saya sebelah ayah hanya belas-belasan saje, tetapi memandangkan family mak lang kebanyakanya sudah berkahwin, dan bila di campur menantu-menantu berpuluh-puluh jugak lah jadinya. Malam itu kami berpicnic di halaman rumah tok dan juge main bunga api.



Macam ini baru lah terasa suasana raya kan?

Hari Raya ketiga. Busy dengan preparation open house. Bermula dengan pergi pasar beli ikan, ayam, balik rumah tolong mak masak, layan tetamu yang datang, basuh pinggan mangkuk, kemas rumah semula, sehingga lah tidur kepenatan. Saya yakin orang lain pun akan merasa perasaan jika buat open house. Jadi tak perlu lah bercerita dengan lebih lanjut. Hihi. Yang penting, perasaan best dan sangat seronok tetamu datang ke rumah itu ada!

Kisah hari raya ke-empat tidak di record sebab saya tidak beraya pada hari itu. Hanya sekadar membuat kerja-kerja sendiri yang meyeronokan di rumah.

Hari Raya ke-lima. Tak ada kisah raya yang menarik sangat di sebelah pagi. Hanya sekadar aktiviti-aktiviti biasa. Di sebelah petang puler, kami ber-photoshot di halaman rumah Mak Tok. Tak lengkap lah hari raya tanpa photoshoot raya secara besar-besaran bersama sanak-saudara. Photographer pun dah ada, tak ada alasan lah untuk tak berphotoshoot.

Ini lah sebahagian gambar-gambar untuk di kongsi.








Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin =)

Sekian, wsalam.

27 April 2013

S590 - of Bowling Tournament

salam

Walaupun hari ini hari Sabtu, tetapi kena bangun awal seperti hari-hari bekerja. malah lebih awal sebenarya sebab kami ade department Bowling Tournament se-awal 10 pagi di Times Square. Memandangkan saya, Aqilah dan Wani kena jaga registration, haruslah perlu sampai awal daripada peserta.

Yes, memang kami sampai paling awal pun, tetapi bukanye jaga sgt pun registration counter, busy main dgn anak-anak officemates je yang lebih. kesimpulanye, registration counter di jaga sikit-sikit jer, dan anak-anak officemates yang di jaga lebih-lebih. boley macam tue?

bile part main pulak, harus lah tak perform sangat. Dapat strike 2-3 kali je. Menang gaya je lebih. But okay lah kan? Bukan main bowling tiap-tiap hari.

okay lah. dah tak tahu nak cerita ape. tengok gambar jelah ye. ape-ape pun, bagi kami, objective sebenar bowling ini, which is nak berkenal-kenal dengan staff yang lain tercapai lah. malah sampai telebih-lebih kenal pun ade.







sekian, terima kasih.

wsalam.

21 April 2013

S589 - Colmar Tropicale

salam

hujung minggu ialah hari yang sangat di nanti-nanti kan. sebab hujung minggu ialah masa untuk bersuka-ria!

okay. saya nk share satu cerita dah berlaku pada bulan lepas kut; zaman before kereta pulang ke kampung halaman. dah lama sangat cerita ni. cerita nya ialah saya dan kawan-kawan melawat 'Pameran Kraf Tangan Malaysia'. sangat meriah yer. dan haruslah semua benda dekat sini berunsur kan kraf tangan jer. ada batik kelantan, ada crystal Swarovski perlis, ade intan permata sabah, dan kain cotton pun ade!

Disamping ade pameran, perlu lah ade part pelancong bole 'Do it yourself', baru lah tertarik sikit pelancong nak datang kan? So kiteorang sebagai pelancong ini, tertarik lah nak buat canting batik. tapi tak canting sangat, rase mcm pergi kelas mewarna budak-budak tadika jer. nk caler kucing dengan caler ape pun perlu fikir 2-3 kali. haha. end up kucing tue dah jadi mcm kucing africa dah. saya pun takut tengok kucing yang saya caler tue. haha, tapi fun lah. kite suke =)


tadaa. ini lah hasil kami men-canting batik! so colourful..


after dah selesai men-canting batik, dah abes round-round sekitar tapak pameran, kami pun decide untuk bersuka-ria di tempat lain pulak. pada mulanye plan nak pegi tengok movie sambil shopping-shopping, tetapi macam dah boring lah pulak sebab aktiviti itu terlalu mainstream.. wah camtue kan kekwat.hihi

so saya bagi cadangan pegi Colmar Tropicale! sebab saya baru je tahu rupa-rupanye Colmar Tropicale ini dekat jer dengan rumah saya. dalam 40 minit jer. walaupun idea ini agak mendadak, tapi menarik kan pergi tempat-tempat yg indah macam ni. setelah berbincang-bincang, kami semua bersetuju untuk kesana.

kami bertolak dari rumah around 6.45 pm mcm tue. to be honest, jalan untuk naik Berjaya Hills tue agak mencabar lah. tetapi, saya sebagai penumpang tenang aje di belakang, menikmati night view yang sangat menenangkan sepanjang perjalanan itu. saya yakin pemandu juga tenang menikmati night view walaupun jalan agak horror, cume co-pilot jer yang agak tidak sihat sedikit, pening sebab naik bukit katenye.hihi.

walaupun co-pilot dah pening-pening, perjalanan perlu diteruskan. kami sampai di puncak Berjaya Hilss di mana terletak nya Colmar Tropicale dalam pukul 8.00 pm.

Subhanallah! sangat cantik nye view dekat sini. ala-ala macam dekat France. terus lah rasa tak sabar nak shoot gambar dari pelbagai sudut kan. biase lah, lumrah seorang perempuan. tak lupa juger untuk check-in dan mention di semua social networking yang ada untuk inform kehadiran kami ke Colmar Tropicale. ter-over excited agaknye..


*entrance Colmar Tropicale*



*di sambut oleh seekor kuda milik Petron@s mungkin?*

kalau tak silap saya, dekat sini ade juge ade rabbit park, ade japanese nye area juger. tapi di sebabkan kami sampai dah malam, so ade tempat-tempat makan dan main game je yang masih buka. Jika uols bercadang untuk melawat rabbit park, dan japanese area tue, sila lah datang di sebelah siang, sebelum pukul 6 pm.

owh ya, di sebelah malam ade live band show. okay lah show die. not bad. im not that person who really into band, so bagi saya tengok live band dan dengar lagu thru radio same jer. cmtue je kan saya comment, mesti ahli-ahli band rasa sia-sia berusaha nk menghiburkan tetamu Colmar Tropicale macam saya malam itu. but its okay, peminat-peminat band pasti sangat menghargai usaha ahli-ahli band pada malam tersebut tersebut.

dinner dekat sini pun best jugak. feeling-feeling dinner dekat France plus food dekat sini pun best! dah selesai makan-makan dan beli sedikit souvenir dan juger ambil beberapa shoot gambar, baru lah boleh balik dengan hati yang tenang.

gambar-gambar di sekitar Colmar Tropicale.





begitu lah kisah kami di Colmar Tropicale. walaupun sekejap je, tapi sangat best yer. I shall call this as 'A Perfect Gateaway!'

**cerita saya buat kawan-kawan yutipi yang masih di rumah dan juger yg sedang ber-PIPE di Bangi.

sekian, wsalam~

18 February 2013

S588 - Broga Hill

salam,

yeay! one of my dreams come true. kami ke Broga Hill last Saturday. kami bertolak dari rumah pukul 4 pagi dan saya lah yang drive! haruslah sangat excited, dah lama teringin nk hike Broga Hill. disebabkan jalan yang terlalu lancar tanpa jem, kami sampai di sana pukul 5 pagi. sesampai je terus start hiking. tak sabar nak sampai peak Broga Hill katenye.

baru je start hiking dalam 15 minit mcm tue, saya dah start tanye-tanye bile nk sampai atas ni. memang sangat mencabar lah hiking ni. tambah-tambah lagi bagi seorang perempuan macam saya yang tak pernah bersukan, tersangat-sangat mencabar lah jawabnye. 

tapi usaha gigih untuk mendaki tak sia-sia sebab scenary from atas Broga Hill tersangat lah cantik. subhanallah.

*sunrise*

kami sampai di puncak pertama Broga Hill. selepas selesai sembahyang subuh disini, kami terus mendaki ke puncak kedua dan ketiga. view dekat sini memang cantik-cantik lah.ambil gambar from mana-mana view pun cantik.



*perjalanan yang mencabar*


*yeay!*

haaa. saya testing jugak ambil gambar panorama. yelah, mane ni baru ada handphone yang bole ambil gambar panorama view, excited lah sekejap kan.




Selain bercita-cita nk daki Broga Hill, saya pernah jugak bercita-cita nk daki Gunung Kinabalu. nak feeling-feeling Dejavu Di Kinabalu lah kononye. tapi selepas bejaya naik dan turun from Broga Hill, saya rasa cukup lah dengan Broga Hill. Dah tak sanggup rasenya nak daki Gunung Kinabalu. Biarlah Dejavu di Kinabalu hanya tinggal kenangan.hihi

Okay.

Sekian, wsalam~